Friday, November 6, 2015

KRUSUS PEMANTAPAN KERJAYA DAN ORGANISASI  

Image result for logo MITI malaysia 

Kursus Pemantapan Kerjaya dan Organisasi ini berlansung di Marina Cove Resort, Teluk Batik, Lumut Perak pada 30hb Oktober Sehingga 1hb November 2015 . Seramai 22 orang peserta terlibat dalam menjayakan krusus ini yang terdiri daripada Kakitangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Kursus ini telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan di uruskendalikan oleh Minda Training Consultant.
Antara objektif  krusus ini diadakan adalah untuk menyedarkan peserta bahawasanya kecemerlangan diri akan turut membawa kepada kecemerlangan kerja yang akhirnya akan menjadikan sesebuah organisasi itu cemerlang dan terbilang. 
Berikut antara gelagat yang sempat kami rakamkan semasa kursus ini berlansung :


















 

Tuesday, November 3, 2015

KURSUS PRA PERSARAAN

Image result for logo kastam diraja malaysia 

Kursus Pra Persaraan  yang dianjurkan oleh Cawangan Perkhidmatan dan Latihan (Unit Latihan) JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA telah berjaya dilaksanakan pada 12hb Oktober 2015. Kursus Pra Persaraan ini telah dikendalikan oleh MINDA TRAINING CONSULTANT bertempat di Wisma Kastam Diraja Malaysia Pulau Indah, Selangor. Kursus ini telah dihadiri seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Kastan Diraja Malaysia. Di sini kami dapat rakamkan serba sedikit kenangan kursus untuk tatapan semua. 
 

 

KRUSUS PENINGKATAN PRESTASI DAN PRODUKTIVITI

 Image result for jupem logo

 Pada 26hb hingga 29hb Oktober 2015 seramai 46 Kakitangan Sokongan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)  telah menghadirkan diri ke kursus peningkatan prestasi dan produktiviti  yang dikendalikan oleh Minda Training Consultant yang dipimpin oleh KAPT (B) MOHD ZAIDI ISMAIL. Kursus yang diadakan di Pusat Latihan ALPHA, Bangi, Selangor ini telah  mencatat kenangan manis yang tidak akan lekang dari ingatan setiap kakitangan JUPEM. Berikut adalah serba sedikit kenangan yang sempat dirakamkan.











Wednesday, September 2, 2015

KURSUS TRANSFORMASI BUDAYA KERJA JPPH SELANGOR (SIRI 4)



 Pengakhiran Kursus Transformasi Budaya Kerja JPPH Selangor yang bertarikh pada 12hb hingga 14hb Ogos 2015 bertempat di Hotel Impian Morib, Banting Selangor ini telah dihadiri seramai 57 orang kakitangan. Kursus yang penuh dengan ilmu dan keceriaan bagi setiap peserta ini telah berjaya menamatkan tempoh selama 8 minit 56 saat untuk ujian khas yang telah dijalankan. Mengikut rekod, pada siri ini adalah merupakan catatan masa yang paling sedikit bagi menyelesaikan ujian tersebut. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPPH Selangor kerana telah beri peluang kepada pihak kami untuk menguruskan kursus ini selama 4 siri. Oleh itu disini kami ingin kongsikan serba sedikit kenangan manis ketika kursus dijalankan.