Thursday, August 27, 2015

KURSUS TRANSFORMASI BUDAYA KERJA JPPH SELANGOR (SIRI 3)


Kursus yang sama seperti siri 1 dan 2 ini telah dihadiri oleh 53 orang peserta. Kursus berkenaan ini juga diadakan di hotel yang sama dengan siri 1 dan 2 pada 10hb hingga 12hb Ogos 2015. 11 minit 11 saat adalah merupakan tempoh bagi peserta dari siri 3 ini menyelesaikan ujian khas yang dijalankan seperti di siri 1 dan 2 yang lepas. Di sini kami ingin berkongsi serba sedikit kenangan manis serta aktiviti yang telah dijalankan di mana tiada banyak beza dari siri 1 dan 2.


















KURSUS TRANSFORMASI BUDAYA KERJA JPPH SELANGOR 
(SIRI 2)


Kursus berkenaan telah dijalankan dengan jayanya oleh 49 orang kakitangan JPPH Selangor. Pada kursus siri ini juga telah diadakan di hotel yang sama dengan kursus pada siri 1 iaitu di Hotel Impian Morib, Selangor.  Kursus bertarikh pada 5hb hingga 7hb Ogos 2015 ini telah berjaya mencatat seribu satu kemanisan kepada setiap peserta yang menghadirkan diri. Tambahan pula pada akhir kursus pada siri ini, satu ujian khas yang diberi nama (GIANT REEF KNOT) telah diadakan bagi memupuk semangat berpasukan setiap peserta. Ujian khas ini telah berjaya diselesaikan  dalam tempoh 9 minit 26 saat. Di sini kami ingin berkongsi serba sedikit kenangan yang berjaya dirakamkan.


















 KURSUS TRANSFORMASI BUDAYA KERJA JPPH NEGERI SELANGOR 
 (SIRI 1)

Pada 3hb hingga 5hb Ogos 2015, seramai 52 peserta yang terdiri daripada kakitangan JPPH Selangor telah berjaya menghadiri kursus yang bertempat di Hotel Impian Morib, Selangor. Kursus yang bekerjasama dengan kami ini telah mencatat pelbagai kenangan manis yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh setiap peserta. Namun begitu pada hari akhir kursus ini dijalankan, satu ujian khas telah dijalankan bagi memupuk semangat berpasukan kakitang JPPH ini. Oleh itu bagi siri ini, para peserta dengan jayanya telah menyelesaikan tugasan tersebut.