Thursday, March 10, 2016

KURSUS PENGURUSAN MASA
 

 Kursus Pengurusan Masa ini diadakan di Bilik Latihan, Pusat Siswazah (Aras 2, Bangunan Tun Fatimah Hashim, UKM) dan diuruskendalikan oleh Minda Training Consultant pada 8 Mac 2016. Kursus ini melibatkan seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada Kakitangan UCTC UKM. Antara tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang teori strategik pengurusan masa terutama dari segi perancangan dan penetapan keutamaan kerja.
 
Di sini kami ingin kongsikan serba sedikit kenangan manis ketika kursus dijalankan ;)
 






 
 
KURSUS PENGURUSAN DAN PENYEDIAAN MINIT MESYUARAT


Pada 1-3 Mac 2016, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Kursus Pengurusan dan Penyediaan Minit Mesyuarat bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Kursus tersebut telah diuruskendalikan oleh Minda Training Consultant dan seramai 33 peserta telah menyertai kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk membina keyakinan diri dalam pengendalian mesyuarat, penulisan minit mesyuarat serta dapat melaksanakan tindakan yang perlu.

  Berikut adalah antara gelagat-gelagat para peserta sepanjang kursus ini dijalankan :D



















KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH


Kursus Pemanduan Berhemah ini telah dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia dan diuruskendalikan oleh Minda Training Consultant. Kursus ini telah diadakan di The Klagan Hotel, Kota Kinabalu, Sabah pada 26-28 Februari 2016 dan melibatkan seramai 36 orang peserta.

Antara objektif kursus adalah untuk menerapkan budaya dan ciri-ciri pemandu profesional, beretika, amanah dan bertanggungjawab. Berikut antara aksi-aksi dan gelagat para peserta kursus yang sempat kami rakamkan :)