Thursday, July 28, 2016

KURSUS PEMANTAPAN NILAI NILAI DIRI

        KURSUS PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN NILAI-NILAI DIRI 




Kursus Pembangunan Dan Pemantapan Nilai - Nilai Diri ini diadakan di Akademi Audit Negara , Sepang dan diurus kendalikan oleh Minda Training Consultant pada 18 sehingga 20 Julai 2016. Kursus ini melibatkan seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada Kakitangan Jabatan Audit Negara

Modul ini  bermatlamatkan ke arah perubahan sikap serta memantapkan lagi nilai nilai diri yang positif dan seterusnya melakukan transformasi kearah meningkatkan prestasi serta produktiviti sekembalinya diorganisasi bagi melahirkan kakitangan dan organisasi yang lebih cemerlang. Kursus ini akan diadakan dalam 3 peringkat, iaitu peringkat pertama merangkumi motivasi dan pembangunan diri, peringkat kedua ialah latihan , simulasi serta ujian – ujian personaliti dan peringkat ketiga adalah melakukan transformasi kearah  kerja berpasukan.Pendekatan yang digunakan ialah melalui Pembelajaran Melalui Pengalaman secara teori dan amali. Input yang diterapkan merangkumi Input Intlektual,Emosi, Input Fizikal dan Input Spritual.
Berdasarkan kepada kajiselidik yang telah dijalankan, rata – rata peserta memberi maklumbalas yang positif terhadap kursus yang dijalankan. Ini boleh dilihat berdasarkan kutipan data dari borang penilaian yang diberikan. Kebanyakan peserta hanya memilih SANGAT BAIK dan CEMERLANG sahaja sebagai pilihan mereka.  
Di sini kami ingin kongsikan serba sedikit kenangan manis ketika kursus dijalankan ;)